PROGRAM JOM TEATER SEKOLAH MENENGAH 2021
Peringkat Kebangsaan
15 hingga 18 November 2021
Anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia
​
Dikelola oleh Unit Pembangunan Bakat Murid (UPBM), Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

POSTER PASUKAN PRODUKSI PROGRAM JOM TEATER SEKOLAH MENENGAH 2021
LATAR BELAKANG
PENGENALAN
Program Jom Teater (PJT) Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia berkonsepkan ’pembelajaran melalui persembahan’. Dalam PJT, peserta akan diberi pendedahan asas seni persembahan teater yang merangkumi seni lakon dan produksi. Pada penghujung program, peserta berpeluang untuk mementaskan karya mereka. Kesemua bengkel akan berlangsung secara dalam talian.
RASIONAL
Perkembangan seni teater di sekolah-sekolah hanya terbatas kepada sekolah-sekolah yang memilih modul teater melalui Program Bimbingan Seni Budaya(PBSB) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara(JKKN) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Murid yang mengikuti modul teater dalam Kelab Tunas Budaya (KTB) dan Kelab Giat Budaya (KGB) berpeluang untuk mempelajari asas seni teater dengan bimbingan jurulatih yang dilantik oleh JKKN. Melalui PJT ini, murid-murid kita baik yang mengikuti kelab KTB atau KGB mahupun persatuan teater di sekolah akan diberi pentas dan peluang untuk memperkembangkan minat, bakat dan potensi berkarya bersama rakan-rakan lain dari seluruh Negara.
OBJEKTIF
Mencungkil dan mengembangkan bakat murid dalam kesenian dan kebudayaan dalam seni teater.
Memupuk semangat cintakan kesenian dan kebudayaan sebagai khazanah dan warisan bangsa.
Membina sahsiah dan ketrampilan personaliti dan jati diri murid.
Memberi pengalaman murid mengadakan persembahan pada peringkat yang lebih tinggi.
Memberi ruang penonjolan dan tumpuan murid kepada seni persembahan teater berpandukan tema yang diberi.
MUAT TURUN
kemaskini 29 September 2021
Sila rujuk tarikh kemaskini di atas. Pihak penganjur akan mengemaskini bahan di laman ini dari masa ke semasa (jika perlu).
SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Successful Collaborations

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG (JPNPP)
Pengelola Program Jom Teater 2021

JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, NEGERI PULAU PINANG (JKKN)
Rakan Kerjasama

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Rakan Kerjasama

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)
Rakan Kerjasama

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAW. PULAU PINANG
Rakan Kerjasama

PERSATUAN SENI KREATIF BUDAYA WARISAN ESTETIK PULAU PINANG (SEKENET)
Rakan Kerjasama

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)
Rakan Kerjasama
HUBUNGI
En. Mohamed Rusdan Bin Maidin
Unit Pembangunan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
​
Tel: Â Â 04-657 5500 / 016-4907714